Artikel ini adalah bahagian terakhir 4 Siri Artikel;

Bila anda sampai ke peringkat ini, kita andaikan anda sudah memulakan langkah memulakan pembinaan ‘komuniti’ anda, tidak kira ianya Facebook Fanpage/Group, ‘ mailing list’ atau apa sahaja yang mengumpulkan pelanggan/bakal pelanggan anda.

Jika anda lihat semula susunan artikel ini, tujuannya adalah untuk anda dapat menjual pada akhirnya menggunakan pendekatan ‘membina komuniti’ untuk;

  • pembinaan produk
  • jualan produk
  • bina kredibiliti

Semua ini anda boleh mulakan dengan menggunakan ‘tools’ yang telah dikongsikan sebelum ini. Tetapi apa yang paling penting dan bakal kita bincangkan dalam artikel akhir ini adalah bagaimana untuk anda berkomunikasi kepada komuniti anda yang membawa kepada impak jualan.

Asas penting dalam strategi komuniti ini adalah untuk tambah nilai kepada mereka, biar mereka kenal anda dan kredibiliti anda seterusnya bawa mereka kepada mesej jualan anda.

Proses jualan anda pula bermula dengan anda mengenali dan mengetahui masalah dan keinginan komuniti anda bersandarkan kajian yang anda lakukan terhadap mereka.

 

Konsep Asas Komunikasi Komuniti

Berkomunikasi dengan komuniti untuk tujuan membina kredibiliti harus distrukturkan supaya mereka ‘dekat’ dengan anda. Untuk itu, jangan lupa 2 perkara ini;

  • Mengajar bukan menjual
  • Berkongsi bukan mengarah

Untuk lebih mudah, cuba anda bayangkan sahabat baik anda datang kepada anda dan bertanya anda bagaimana membetulkan keretanya. Bagaimana anda berkomunikasi dengannya? Tentunya dengan pendekatan lebih kepada ‘berkongsi’ dan mahu memastikan yang rakan anda itu faham dan dapat menyelesaikan masalahnya kan?

Itu kuncinya. Berkomunikasi dengan komuniti anda dengan cara itu. Ianya lebih berkesan dan lebih mendekatkan anda dengan komuniti anda

 

Susunan Mesej Jualan Anda

Kenalpasti masalah mereka. Perhatikan perbincangan mereka di platform anda atau anda boleh terus hantarkan survey untuk mereka

Kaitkan masalah itu dengan penceritaan. Ini penting untuk menunjukkan yang anda faham masalah itu dan tahu bagaimana ianya mengganggu mereka. Orang lebih suka kepada penceritaan dan ianya lebih mudah untuk mereka dapat mesej dan faham.

Kaitkan masalah itu dengan penyelesaian/pengalaman anda. Tujuan utama adalah untuk menunjukkan yang ‘anda juga sama seperti mereka’. Hal ini akan menjadikan mereka rasa lebih dekat dengan anda sekaligus menyingkirkan halangan atau tembok pemisah yang mereka anda antara anda dan mereka.

Kaitkan penyelesaian itu dengan testimoni yang berbentuk cerita. Pilih testimoni yang bukan mempunyai ayat menjual tetapi mempunyai ayat menceritakan apa yang berlaku sebelum (derita), semasa dan selepas (kegembiraan). Tujuan utama adalah untuk membuatkan mereka percaya dan yakin yang produk anda juga berkesan kepada mereka

Tunjukkan cara beli. Pandu mereka dengan jelas bagaimana untuk membeli. Jangan pandang remeh langkah ini kerana dalam pengalaman saya ramai pembeli yang sangkut perkara ini. Walaupun sudah tertulis cara pembayaran dan mengisi borangg semasa pembelian, masih ramai yang ada masalah ini. Mudahkan proses pembelian

 

Tip: Buatkan Mereka Mahu Membeli

Penyelesaian masalah itu anda harus rangka supaya ianya nampak ‘step by step’. Cara ini akan membuatkan mereka ‘nampak dengan jelas’ apa yang akan berlaku dan apa yang akan mereka dapat.

Kalau boleh anda lukis ‘Timeline’ atau ‘roadmap’ untuk penyelesaian itu supaya ianya lebih jelas tentang apa yang perlu mereka lakukan untuk sampai kepada matlamat penyelesaian. Biar mereka nampak hasil yang akan mereka dapat dari point A (mula) hingga ponit B (akhir)

roadmap

Tujuan utama kita adalah untuk membina keyakinan mereka dan mendetikkan kata-kata “Owh, aku boleh buat ni!”. Pada masa itu, duit mereka sudah mula masuk ke poket anda. Pakar pemasar internet Frank Kern namakan ianya ‘Positive Expectancy’ yang anda bina dalam minda bakal pelanggan anda dengan menunjukkan kepada mereka R.I.A (result in advance)

Ini adalah strategi pemasaran internet cara pakar: BINA KOMUNITI! Anda dah bina komuniti anda?